Tuesday, September 16, 2014

Salurkan sendiri duit Zakat yang dipotong daripada Gaji Bulanan

Bismillahhirrahmanirrahim.
Di dalam post ini saya ingin kongsikan satu pilihan untuk menyalurkan bantuan zakatdaripada gaji kita yang dipotong setiap bulan. Walaupun kaedah ini lebih sesuai untuk kakitangan swasta atau kerajaan yang bergaji RM3,000 ke atas, tidak salah juga untuk ambil tahu semoga ada manfaatnya.
Sebelum saya detailkan, jom kita amati gambar yang saya kongsikan di bawah ni. Imej saya ambil daripada perkongsian Saiful Nang (seorang jurufoto yang tersohor) yang mengeluh tentang kekangan birokrasi dalam menyampaikan peruntukan zakat.
salur sendiri sumbangan zakat
Setiap kita pasti pernah bertemu atau mempunyai saudara-mara atau kenalan yang amat memerlukan bantuan kewangan seperti mereka di atas. Kita barangkali boleh membantu sedikit, itu pun dalam jumlah yang sedikit. Kita harapkan orang lain terutamanya pusat zakat atau jabatan kebajikan meneruskan kesinambungan bantuan yang kita mulakan tadi. Betul tak? Lantas apa ‘jalan’ yang kita ada.
Bagi kakitangan swasta mahupun sektor awam yang bergaji tetap, disyaratkan membuat bayaran cukai melalui potongan gaji (PCB). Ada pilihan bagi orang Islam yang mahu agar potongan itu dibayar kepada pusat zakat mengikut negeri masing-masing. Kita amanahkan kepada mereka agar duit zakat itu diagihkan kepada asnaf yang memerlukan. Semoga dengan itu kita dapat menyumbang kepada pembangunan ummah secara keseluruhannya. Secara tidak langsung kita menjadi ‘stakeholder’ dalam aspek menguruskan duit zakat. Sebab itulah kita prihatin bila melihat orang susah atau orang miskin yang yang tidak menerima bantuan daripada pusat zakat. Terdetik juga di dalam hati kita kenapa wang zakat yang kita semacam tidak sampai kepada golongan sasaran.

Boleh tak kita salurkan sendiri wang zakat yang dipotong melalui gaji?

Jawapannya, Ya.
Mengikut maklumat yang saya tahu, pusat zakat di negeri tertentu membenarkan kita uruskan sendiri sehingga 20% daripada jumlah yang kita potong setiap bulan. Ada juga negeri yang mensyaratkan hanya individu yang membuat potongan zakat melebihi RM5,000 sebulan memiliki ‘privilage’ ini. Sebenarnya ada juga pusat zakat yang lebih fleksibel dan sesiapa yang membayar jumlah yang munasabah boleh juga memiliki kelebihan itu.
Secara ringkas, apa yang berlaku adalah seperti berikut:-
  1. Peserta akan buat potongan gaji melalui majikan untuk dibayar kepada Pusat Zakat terpilih. (cth. bulan Ogos 2013)
  2. Pada minggu pertama selepas itu (cth. September 2013), Pusat Zakat melalui pihak yang dilantik akan menyalurkan amaun rebate zakat kepada peserta.
  3. Peserta salurkan wang kepada individu atau institusi yang mereka pilih sendiri. Peserta juga boleh arahkan agar pembayaran dibuat terus kepada institusi yang dikenalpasti, asalkan institusi itu ada bank akaun.
  4. Proses itu berterusan sehinggalah peserta memaklumkan melalui majikan untuk memberhentikan potongan zakat.

Apa yang anda boleh bantu jika anda ada ‘peruntukan’ RM200 sebulan?

Angka di atas hanyalah satu contoh, amaun itu boleh kurang atau lebih daripada itu. Tentulah dengan adanya wang yang sebegitu pada setiap hujung bulan, anda boleh membantu:-
  1. Meringankan bebanan kewangan dalam kalangan kerabat atau jiran tetangga yang miskin
  2. Membela nasib orang miskin daripada kalangan ibu tunggal yang ramai anak
  3. Meringankan beban belanja perubatan orang yang sakit tenat dan terlantar di hospital
  4. Mengurangkan beban kewangan kepada keluarga yang hilang punca pendapatan kerana kehilangan ketua keluarga
  5. dan pelbagai kebaikan lain…
Sekarang, cuba anda semak berapa jumlah potongan PCB dan zakat di dalam slip gaji. Jika jumlah gabungan itu melebihi RM200, saya cadangkan anda sertai skim ‘rebate zakat’ yang membolehkan anda menguruskan 20% bahagian itu dan boleh diberikan kepada golongan sasaran yang anda mahukan sendiri.
Sekiranya berminat, anda boleh sms or WhatApps 012 - 354 0560 atau hantarkan email kepada myvest@gmail.com dengan tajuk “REBAT ZAKAT”.
Untuk memudahkan saya memberi maklumbalas yang lebih tepat, jika boleh beritahu saya maklumat berikut:-
  1. Nama syarikat di mana anda bekerja
  2. Amaun potongan untuk PCB dan Zakat setiap bulan
Insyaallah saya akan beritahu prosedur dan syarat-syaratnya.
p.s. Kaedah rebat zakat ini adalah mengikut saluran yang betul, tidak menjejaskan liabiliti cukai pendapatan anda pada tahun taksiran tersebut.
p.p.s Skim ini sesuai untuk kakitangan swasta di GLC, syarikat tersenarai di BSKL dan jabatan kerajaan terpilih.